Resipi ‘Roti Kerca’ Stail Siti Nurhaliza, Menu Kesukaan Dalam Family!

Bagi yang pertama kali mendengar resipi Roti Kerca, ia dikatakan hidangan yang cukup popular dikalangan kerabat diraja dan bangsawan, terutamanya di utara satu ketika dahulu.Ia seperti lemping yang dimakan dengan kuah kari daging hancur beserta bawang goreng dan daun bawang.

Sempena Perintah Kawalan Pergerakan, baru-baru ini Dato Sri Siti Nurhaliza berkesempatan meluangkan masa memasak hidangan istimewa dan kesukaan dalam keluarganya iaitu Roti Kerca.Istimewanya, resipi tersebut dipelajari daripada Mak Engku, yang merupakan ibu kepada Datin Seri Tengku Zawiyah yang berasal dari Kedah.

Berikut resipi yang dikongsikan didalam Instagram dan youtube penyanyi nombor satu negara ini.

“Resipi Roti Kerca, sempatlah saya memasak di rumah siang tadi sempena Perintah Kawalan Pergerakan.”

“Roti Kerca ini saya belajar resipi berasal daripada keluarga Mak Engku, ibu kepada Datin Seri Tengku Zawiyah. Memandangkan saya suka, ibu mertua pun suka, ramai yang suka. Jadi saya belajar buat resipi ni”

“Ini merupakan antara menu kesukaan dalam family kitorang”

Roti Kerca Stail Siti Nurhaliza

Bahan-Bahan (Roti Kerca):

*1/2 Kilo Tepung Gandum

*3 Biji Telur

*Air

*Garam

Minyak Sapi

* Kacau sebati dan kisar halus dalam blender. Pastikan bancuhannya betul-betul cair seperti ini.

Cara Membuat:

1. Sapu/ lenserkan sedikit minyak sapi pada kuali non stick.

2. Letak 1 senduk bancuhan tepung dan ratakan pada kuali.Biar sehingga masak dan angkat ketepikan.

3. Gulung kecil roti tersebut dan gunting serong.

Bahan-bahan (Kuah):

Minyak

Kulit Kayu Manis

Bunga Lawang

Buah Pelaga

Daun Kari

4 biji Bawang Putih (Kisar)

10 biji Bawang Merah (Kisar)

4 inci Halia (Kisar)

Daging Cincang

3 sudu besar Rempah Kari daging

Air

Santan

4 sudu besar Tomato Puri (pilihan)

Garam

Kiub Ayam

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.

2. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar. Tumis sampai naik bau dan pecah minyak.

3. Masukkan pula rempah kari daging yang dah dibancuh, masukkan sesikit air.Tumis sampai rempah betul-betul masak sehingga kering.

4.Masukkan pula daging cincang, kacau sebati dan masukkkan pula kiub ayam.

5. Masukkan santan perahan pertama dan lihat kepekatannnya. Bergantung pada banyak mana yang kita nak masak.

6.Masukkan tomato puri rata dan masukkan garam.

7.Biarkan mendidih.

Siap! Selamat Mencuba.

Info Ekstra!

Tumis sekali daging dengan rempah.Kalau masukkan daging selepas masukkan santan, ia akan hancur.

Jika kuahnya terlampau pekat boleh tambahkan santan perahan kedua.

Letak roti kerca dipotong serong. Lebih sedap makan bersama bawang merah goreng dan tabur daun bawang diatasnya.

 

Sumber: Siti Nurhaliza Tarudin

Be the first to comment on "Resipi ‘Roti Kerca’ Stail Siti Nurhaliza, Menu Kesukaan Dalam Family!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*